Pada 21 September 2024, Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menggagalkan penyeludupan minyak diesel di kawasan pengkalan haram Simpangan, Tumpat, Kelantan.
Rampasan dilakukan sekitar jam 10 malam setelah anggota PGA melihat sebuah kenderaan mencurigakan.
Suspek didapati melarikan dir dan pemeriksaan ke atas jip Mitsubishi Pajero menemukan lebih 20 liter minyak diesel dalam beberapa tong.
Nilai rampasan dianggarkan RM 21,475.00 dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.
Sumber: Briged Tenggara PGA Rasmi