RAMPASAN PETROL OLEH PGA KELANTAN

Pada 21 September 2024, Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menggagalkan penyeludupan minyak petrol di sekat pintas Simpangan, Tumpat, Kelantan, pada jam 8 pagi.

Tangkapan dilakukan ke atas seorang lelaki Melayu berumur 27 tahun setelah pemeriksaan ke atas kenderaan Proton Iswara menemukan lebih 110 liter minyak petrol dalam tong dan tangki yang diubah suai.

Minyak ini dipercayai untuk diseludup ke Thailand dengan nilai rampasan dianggarkan RM 11,389.00.

Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan hasil rampasan diserahkan ke Komtak Pengkalan Kubor untuk tindakan lanjut.

 

Sumber: Briged Tenggara PGA Rasmi

Artikel/Berita Terkini

SPESIFIKASI KETELSAN CAHAYA CERMIN KENDERAAN

Ketelusan cahaya pada cermin kenderaan bukanlah sekadar satu peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa, tetapi ia merupakan aspek keselamatan yang …

LINTASAN PEJALAN KAKI: HORMATI HAK, UTAMAKAN KESELAMATAN

Lintasan pejalan kaki bukan sekadar garisan di atas jalan, tetapi ruang khas yang disediakan untuk melindungi nyawa. Sebagai pemandu, perlahankan …

AWAS! PENIPUAN MENYAMAR SEBAGAI GURU

“Scammer” kini semakin licik apabila menyamar sebagai guru dan mensasarkan ibu bapa melalui aplikasi WhatsApp. Suspek menggunakan identiti guru sebenar …