PENGISYTIHARAN PENUBUHAN MALAYSIA

Pada 16 September dalam tahun 1963, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah mengisytiharkan pembentukan negara Malaysia. Upacara membaca deklarasi penubuhan Malaysia ini telah dilakukan di hadapan DYMM Yang Di Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu, Gabenor dari Pulau Pinang, Melaka, Singapura, Sabah dan Sarawak. Pengisytiharan penubuhan Malaysia ini adalah hasil dari perjanjian yang telah ditandatangani pada 9 Julai 1963 di antara Persekutuan Tanah Melayu, United Kingdom, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura. Melalui perjanjian tersebut tercapai satu persetujuan untuk membentuk sebuah negara baru yang bersatu yang dinamakan Persekutuan ‘Malaysia’. Dengan penubuhan Malaysia, maka berakhirlah penjajahan British di Sabah, Sarawak dan Singapura. Sesungguhnya Persekutuan Malaysia yang diisytiharkan ini, begitu bermakna buat rakyat yang menginginkan kemerdekaan dan kebebasan yang berlandaskan hak dan harga diri. Peristiwa Pengisytiharaan pembentukan Malaysia telah menjadi satu peristiwa sejarah yang tidak mungkin dapat dilupakan.

 

Sumber: Arkib Negara Malaysia

Artikel/Berita Terkini

AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM

AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM SEMPENA HARI BERTEMU PELANGGAN JABATAN PENDAFTARAN NEGARA NEGERI MELAKA Melaka – Agensi Antidadah …

PERKUKUH SINERGI INSTITUSI, MANTAPKAN KESELAMATAN NEGERI : KETUA POLIS MELAKA

 Melaka – Ketua Polis Melaka, YDH DCP Datuk Wira Dzulkhairi bin Mukhtar, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang …

PERJUMPAAN BERSAMA WAKIL CALON PARTI SEMPENA PRN MELAKA KE-16

Jasin – YDH Ketua Polis Daerah Jasin, Supt. Lee Robert telah mengadakan perjumpaan bersama wakil calon parti sempena Pilihan Raya …