APM KELANTAN BERSEDIA HADAPI KEDATANGAN MONSUN TIMUR LAUT

Seramai 980 anggota dan pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) bersiap siaga bagi menghadapi banjir di negeri ini dengan kedatangan Monsun Timur Laut (MTL).

Pengarahnya Kolonel (PA) Mohd Adzhar Mujab berkata, daripada jumlah itu, 920 terdiri daripada anggota di setiap daerah dan selebihnya adalah pegawai.

Menurutnya, APM menyediakan aset kenderaan laut dan darat sebanyak 104 unit seperti 60 bot penyelamat jenis aluminium (ARB), bot fiber, ‘rigid inflatable boat’ (RIB) dan dua bot amfibia.

“Kita juga sediakan pacuan empat roda dan lori besar serta antara tiga hingga empat bot di setiap daerah.

“Anggota sudah jalani latihan persediaan awal dan kumpulkan logistik dengan kenal pasti kerosakan dan baiki aset bagi persiapan di setiap daerah termasuk jika ada permintaan pihak luar untuk kita bantu negeri lain, katanya.

Katanya, setakat ini kira-kira 600 ‘hotspot’ banjir yang menjadi tumpuan APM seperti di daerah Pasir Mas dan Rantau Panjang.

 

Sumber: Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut