#SANTAISELASA: WAYANG KULIT KELANTAN

Wayang Kulit Kelantan adalah persembahan wayang kulit yang disampaikan dalam bahasa Melayu loghat Kelantan.

Ia adalah satu persembahan menggunakan konsep cahaya dan bayang. Cahaya akan dipancarkan di belakang kelir dan patung-patung wayang yang diperbuat daripada kulit haiwan akan digerak-gerakkan di antara kelir dan cahaya.

Patung-patung digerakkan oleh seorang Dalang mengikut cerita yang dibawa berserta iringan muzik.

Cerita-cerita yang disampaikan adalah berdasarkan kisah Hikayat Sri Rama yang disadur dari kitab Epik Hindu iaitu Hikayat Ramayana.

Patung dibuat dalam bentuk mengiring dan kebanyakannya berdiri di atas sesuatu seolah-olah watak kepada patung berkenaan berdiri di atas satu-satu kenderaan seperti naga, ular atau bunga-bungaan.

Pada patung itu juga, kebanyakannya hanya dapat menggerakkan sebelah tangan sahaja iaitu tangan di hadapan. Manakala tangan di belakangnya pula memegang senjata.

Alat-alat muzik yang mengiringi persembahan wayang kulit Kelantan adalah seperti serunai, sepasang gedombak, sepasang gendang, sepasang geduk, sepasang gong atau tetawak, canang dan juga kesi.

Jabatan Warisan Negara telah mengisytiharkan Wayang Kulit Kelantan sebagai Warisan Kebangsaan pada tahun 2009.

 

Sumber: Perbadanan Muzium Negeri Kelantan. Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Jabatan Warisan Negara, ASEAN Culture & History

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …