CUBAAN PENAGIH DADAH SELUDUP BARANG BERSUBSIDI GAGAL

Lelaki dipercayai penyeludup ditahan bersama muatan minyak masak bersubsidi dan gula pasir kasar dalam kenderaannya disyaki dalam perjalanan ke pangkalan haram untuk diseludup.

Kenderaan lelaki berusia 33 tahun itu diekori bermula dari Bachok sebelum ditahan di Kampung Pasir Puteh, Chabang Empat di sini, pada 7.30 pagi semalam.

Lelaki itu dipercayai mendapatkan barang kawalan bersubsidi terbabit dari pembekal di Bachok dan terus ke sempadan negara di Pengkalan Kubor untuk dibawa masuk ke Thailand.

Operasi dijalankan bersama Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat.

Pemeriksaan dalam kereta dipandu lelaki itu menemui 374 kilogram (kg) minyak masak dan 264 kg gula pasir kasar dengan anggaran nilai RM6,845.80.

Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 atas kesalahan memiliki barang kawalan dengan niat untuk melakukan kesalahan.

KPDN menegaskan bahawa operasi seumpama ini akan terus dipergiat bagi membanteras aktiviti penyeludupan yang memberi kesan negatif kepada negara.

 

Sumber: Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut