KES SELUDUP DIESEL DI KELANTAN TURUN 95 PERATUS – KPDN

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan mendedahkan penyeludupan diesel di negeri ini menurun sebanyak 95 peratus sejak kerajaan melaksanakan penyasaran bahan bakar tersebut bermula Jun lalu.

Pengarahnya, Azman Ismail berkata, hanya tiga kes dicatatkan selepas tiga bulan ia dilaksanakan.

Sepanjang tahun ini dari Januari hingga Ogos hanya 50 kes penyeludupan diesel dicatatkan berbanding petrol iaitu 228 kes.
Dalam perkembangan sama, beliau memberitahu, orang ramai juga menyambut baik sistem kawalan diesel bersubsidi (SKDS) yang diperkenalkan oleh kerajaan dalam usaha memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak.
Sumber: Astro Awani, Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

KAWALAN KESELAMATAN SEMPADAN MARITIM KUDAT PERLU DIPERKUKUH

MESRA: Hajiji diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Zainudin Aman berbual dengan barisan tertinggi polis Sabah selepas mesyuarat. KOTA KINABALU: Kerajaan …

HAJIJI TERIMA KUNJUNGAN HORMAT SETIAUSAHA PERSEKUTUAN SABAH BAHARU

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Zul Hadi semasa kunjungan hormat di Menara Kinabalu, hari ini. KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk …

PRN MELAKA KE 16 : PDRM KONTINJEN MELAKA PERKUKUH SINERGI STRATEGIK DEMI KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN AWAM

Melaka – Ketua Polis Melaka, YDH DCP Datuk Wira Dzulkhairi bin Mukhtar, telah menghadiri Majlis Taklimat Pilihan Raya Negeri (PRN) …