100 PEMBUAT WAU RAI HARI KEBANGSAAN DI PANTAI GENTING

Sambutan Hari Kebangsaan 2024 turut diraikan pembuat wau dengan menzahirkan 300 wau untuk dipamer serta dinaikkan di Pantai Geting di sini pada 31 Ogos 2024.

Kira-kira 100 pembuat wau dari seluruh negeri membawa wau masing-masing termasuk 20 wau puyuh gergasi berukuran lebih lima meter lebar sempena acara Layangan Merdeka 4.0.

Deretan wau puyuh dan wau bulan yang bertemakan kemerdekaan selain bercorak batik menarik perhatian pengunjung lokasi peranginan itu yang rata-ratanya mengambil kesempatan merakam gambar kenangan.

Acara Layangan Merdeka itu memasuki tahun keempat dan hebahan mengenainya sudah dibuat sejak tiga bulan lalu.

Tujuan acara ini dibuat adalah untuk menzahirkan rasa cintakan negara dengan cara kami (pemain wau) tersendiri.

Sebaik wau diterbangkan ke langit, ia diibaratkan seperti kebebasan yang menjadi simbolik negara kita bebas dari penjajah suatu masa dahulu.

 

Sumber: Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …