2,000 MASYARAKAT SIAM SEMANGAT RAI HARI KEBANGSAAN KE-67

Semangat patriotik sempena Hari Kebangsaan yang ke-67 turut dizahirkan lebih 2,000 masyarakat Siam di negeri ini pada 30 Ogos 2024 lalu.

Bertempat di Wat Phikulthong Vararam, Kampung Terbak, acara yang bermula sejak pagi sehingga petang ini dianjurkan oleh Persatuan Masyarakat Siam Malaysia dengan kerjasama Persatuan Masyarakat Siam Kelantan dan alumni wat terbabit.

Presiden Persatuan Masyarakat Siam Malaysia, Sam Maark Suvanphet berkata, bukan sahaja masyarakat Siam di Kelantan, ada juga yang datang dari beberapa negeri lain termasuk Kedah, Johor, Perak dan Terengganu untuk sama-sama memeriahkan sambutan kemerdekaan.

Sambutan secara besar-besaran sebegini memasuki tahun kedua namun penyertaannya dilihat semakin bertambah kerana bukan sahaja masyarakat sekitar Kelantan tapi juga negeri lain yang hadir pada tahun ini.

Penganjurannya juga untuk mendidik rasa cintakan negara terutama golongan muda dan tidak hanya menunjukkan semangat patriotik hanya menjelang 31 Ogos sahaja.

Acara tersebut dimulakan dengan perbarisan dan larian merdeka, diikuti kembara 12 motosikal memasuki beberapa kampung di daerah ini.

Acara juga dimeriahkan dengan pelepasan sekumpulan penunggang motosikal berkuasa besar sebagai simbolik perasmian diikuti persembahan tarian dan alat muzik tradisional Siam iaitu gedombak.

 

Sumber: Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …