JAGA KEAMANAN NEGARA DARIPADA SEBARANG FITNAH – AMINUDDIN

Masyarakat perlu menjaga keamanan yang dikecapi negara selama 67 tahun merdeka daripada sebarang fitnah dan sangkaan buruk. Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, tempoh 67 tahun itu amat bermakna bagi seluruh rakyat di negara ini dan penting untuk sama-sama menjaganya. Rakyat perlu terus berusaha bersungguh-sungguh menjaga keamanan negara daripada fitnah dan sangkaan buruk yang berterusan. Kemerdekaan yang dikecapi hari ini cukup bermakna apabila ia disambut dalam keadaan ekonomi negara yang semakin baik, ringgit terus mengukuh dan Bursa Malaysia yang menunjukkan peningkatan. Ia satu pencapaian yang membanggakan dan beliau yakin ia akan berterusan yang akhirnya rakyat mendapat manfaat. Beliau turut melahirkan rasa kesyukuran kerana kemerdekaan ke-67 dapat diraikan dalam suasana cukup meriah dan kagum melihat kehadiran rakyat yang turut sama meraikan kemerdekaan. Semangat patriotik yang disemai ini harap berterusan sampai bila-bila dan saya lihat mereka yang datang bukan untuk melihat tapi mahu meraikan erti kemerdekaan itu sendiri. Beliau berharap setiap individu dapat mempertahankan kemerdekaan dengan mengisinya penuh semangat dan iltizam bagi memastikan negara terus berjaya.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …