OP TARING WAWASAN KELANTAN – RAMPASAN PELBAGAI BARANGAN RUNCIT

RANTAU PANJANG 27 Ogos 2024 – Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan barang runcit yang dikesan di kawasan Rantau Panjang, Kelantan.
Tangkapan dan rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota BN 7 PGA apabila menahan sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan yang dipandu seorang lelaki semasa menjalankan tugas dalam Op Taring WAWASAN Kelantan di sini.
Hasil pemeriksaan ke atas sebuah kereta jenis Proton mendapati pelbagai barang runcit ditemui di dalam kenderaan tersebut. Suspek seorang lelaki warga tempatan dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup barang runcit tersebut ke pasaran tempatan.
Anggaran nilai rampasan keseluruhan bernilai RM 12,325.50 dan kes disiasat dibawah Seksyen 4(1) Akta Makanan 1983. Suspek diserahkan ke Komtak Taman Bakti Rantau Panjang untuk tindakan selanjutnya.
Pasukan Gerakan Am akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan dari terus berleluasa di sempadan negara.

Artikel/Berita Terkini

AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM

AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM SEMPENA HARI BERTEMU PELANGGAN JABATAN PENDAFTARAN NEGARA NEGERI MELAKA Melaka – Agensi Antidadah …

PERKUKUH SINERGI INSTITUSI, MANTAPKAN KESELAMATAN NEGERI : KETUA POLIS MELAKA

 Melaka – Ketua Polis Melaka, YDH DCP Datuk Wira Dzulkhairi bin Mukhtar, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang …

PERJUMPAAN BERSAMA WAKIL CALON PARTI SEMPENA PRN MELAKA KE-16

Jasin – YDH Ketua Polis Daerah Jasin, Supt. Lee Robert telah mengadakan perjumpaan bersama wakil calon parti sempena Pilihan Raya …