HAPPY 70TH ABANG MILO!

KONVOI ABANG MILO 2020 dianjurkan bersempena Hari Ulang Tahun ke 70 Tahun di Malaysia. Ianya bertujuan menyampaikan mesej kepada masyarakat mengenai jenama MILO yang sudah bertapak di Malaysia selama 7 dekad sekaligus menjadi jenama kegemaran orang ramai sehingga ke hari ini.

Beberapa siri konvoi telah dan bakal diadakan di ibu negara dan bersempena dengan Hari Malaysia 2020 pada 16 September 2020, MILO telah mengadakan 2 siri konvoi iaitu di Dataran Merdeka dan Pasar Seni.

Program ini mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai namun pihak penganjur masih menitikberatkan pematuhan SOP PKPP sepertimana yang telah ditetapkan. Sebagai tanda terima kasih kepada rakyat Malaysia, para pengunjung diberi minuman malt coklat secara PERCUMA dan berpeluang mengambil gambar bersama Lori MILO Vintaj yang sungguh menggamit nostalgia! Para pengunjung boleh menyertai peraduan ‘MILO 70 Tahun Kebaikan Dalam 70 Hari’ dan memenangi pelbagai barangan eksklusif MILO.

Jom layari https://www.milo.com.my untuk semak jadual Konvoi Abang MILO 2020!

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …