JOM BELI BARANGAN BUATAN MALAYSIA!

Bagi merancakkan serta mengukuhkan lagi ekonomi domestik dan pembangunan industri tempatan,  pelancaran satu program iaitu Kembara Pengguna – Program Jualan Malaysia dan Kempen Beli Barangan Malaysia 2020 telah dilancarkan di Sunway Putra Mall pada 15 Sep 2020.

 

Program yang dilancarkan oleh Timbalan Menteri PDNHEP, YB Dato’ Hj Rosol bin Wahid ini bertujuan meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat bagi membantu pengusaha tempatan dengan membeli pelbagai bentuk barangan, produk dan perkhidmatan buatan tempatan.

 

Kembara yang akan menjelajah di sekitar Lembah Klang serta berkolaborasi dengan 25 buah pusat membeli belah dan pusat jualan ini sedikit sebanyak akan mempromosikan serta membantu pengeluar untuk memasar dan mempromosi produk buatan tempatan serta perkhidmatan masing-masing.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …