PENGHAYATAN PENGORBANAN WIRA NEGARA MELALUI KARYA FILEM TAKLUK : LAHAD DATU

KOTA KINABALU (23 Ogos) – Seperti kelaziman tahun-tahun sebelumnya dengan misi mengangkat perjuangan wira negara melalui karya seni tempatan, MKN Negeri Sabah telah menganjurkan Program Bicara Perwira dan Tayangan Filem TAKLUK : LAHAD DATU bertempat di pawagam GSC 1Borneo Hypermall.

Seramai 220 pegawai dan kakitangan yang terdiri dari pelbagai agensi keselamatan dan rakan strategik MKN Negeri Sabah telah hadir menyokong dan memeriahkan program ini. Pengisian program merangkumi sesi Bicara Perwira bertajuk “SEJARAH KISAH PENCEROBOHAN TANDUO” oleh YDH SAC Datuk Abdul Rani bin Alias, Komander Briged Sabah PGA, tayangan filem serta cabutan bertuah.

Majlis yang dirasmikan oleh YBhg. Datuk Noor Alam Khan bin A. Wahid Khan, Pengarah Keselamatan Negeri Sabah ini turut dihadiri oleh YBrs. Brigadier Jeneral Mohamad Ismail bin Kamarudin dan YDH SAC Azli bin Amin dari ESSCOM, YDH SAC Mohd Azhar bin Hamin dari PDRM Sabah, serta YDH ACP Kasim bin Muda, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu.

Semoga dengan penganjuran program ini dapat menyemarakkan semangat patriotisme di kalangan warganegara Malaysia selari dengan sambutan Hari Kebangsaan yang akan disambut tidak lama lagi.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …