Pergerakan badan bantu tubuh sihat

Mungkin ramai yang tidak pasti perbezaan antara aktiviti fizikal dan senaman.

Walaupun kedua-duanya mempunyai persamaan dan membawa maksud aktif, tetapi dari segi makna dan cara dilakukan adalah sesuatu yang berbeza.

Berikut adalah definisi yang membantu anda memahami perbezaan kedua-dua aktiviti berkenaan.

Aktiviti fizikal adalar pergerakan dilakukan oleh badan yang menggunakan tenaga. Dalam maksud paling mudah, apa sahaja pergerakan dikira aktiviti fizikal.

Senaman pula ditakrifkan sebagai pergerakan yang dirancang, berstruktur, berulang-ulang.

Aktiviti bersenam juga membabitkan apa sahaja pergerakan yang hendak mengekal dan mempertingkatkan tahap kecergasan.

Senaman adalah satu kategori kecil kepada aktiviti fizikal.

Penyelidikan jelas membuktikan semua aktiviti fizikal menyumbang ke arah kesihatan tubuh badan secara menyeluruh. Senaman pula membantu mempertingkat kecergasan fizikal.

Cara paling mudah mengatasi cara hidup supaya menjadi lebih aktifi ialah mengurangkan duduk terlalu lama.

Anda digalak memperbanyakkan pergerakan ketika menjalani aktiviti seharian.

Pastikan anda lebih banyak berdiri, berjalan dan mengurangkan masa duduk.

Jika anda duduk bekerja di depan meja pejabat, ubah suai pejabat yang memberi peluang untuk anda lebih banyak berdiri dan berjalan.

Cuba ambil masa untuk berjalan kaki ketika hendak keluar makan tengah hari sebelum masuk kerja atau selepas bekerja.

Buatlah sedikit penambahan masa untuk menjalankan rekreasi dalam amalan mingguan anda, terutama bagi mereka yang mempunyaikeluarga.

Lakukan aktiviti bersama-sama seperti berbasikal, merentas hutan danberjalan di sekitar kawasan kejiranan.

Jika suka berkebun di sekitar rumah pada hujung minggu, anda sebenarnya boleh melakukan aktiviti ini setiap hari sepanjang minggu.

Anda boleh membuat jadual harian dengan menetapkansekurangkurangnya 10 minit sehari untuk tujuan itu.

Anda seharusnya lebih kreatif untuk menjadi lebih aktif.

Letakkan beberapa peralatan kecergasan seperti bola senaman atau tikar senaman di ruang di depan televisyen rumah anda.

Sambil menonton, anda boleh melakukan beberapa senaman mudah.

Banyak peluang boleh anda manfaatkan untuk menjadi lebih aktif.

Kesungguhan anda kepada kehidupan lebih aktif memberi kesan keatas kesihatan, kecergasan dan kehidupan secara menyeluruh.

SUMBER; BH

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …