SASAR KEDIAMAN ELIT, PASANG LAMPU PADA WAKTU SIANG

Modus operandi mereka adalah menyasarkan kediaman di perumahan elit yang memasang lampu pada siang hari sebelum memecah masuk ketika ketiadaan penghuni. Dalam kejadian 12.30 tengah hari 13 Ogos lalu, tiga suspek memecah masuk rumah seorang pegawai tinggi kerajaan bergelar Tan Sri di Nilai Impian, di sini.

Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim, dua daripada suspek berkenaan ditahan dan pihaknya masih memburu seorang lagi yang masih bebas. Kira-kira 1.10 tengah hari 13 Ogos lalu, Kaunter Aduan Balai Polis Nilai menerima laporan daripada seorang lelaki berkaitan satu kes pecah rumah di Nilai Impian. Ia membabitkan kediaman pegawai tinggi kerajaan bergelar Tan Sri. Terdapat beberapa barang hilang ketika kejadian dengan anggaran kerugian kira-kira RM5,000.

Siasatan mendapati terdapat kesan umpil pada jeriji pintu utama dan pintu masuk utama. Modus operandi suspek adalah memantau mana-mana rumah yang masih memasang lampu pada waktu siang kerana mereka tahu pasti tiada penghuni di rumah itu.

Susulan kejadian, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Nilai dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Negeri Sembilan membuat tangkapan terhadap dua lelaki pada 16 Ogos. Tiga suspek terbabit dalam kejadian ini dan polis memohon bantuan orang awam untuk menyalurkan maklumat bagi mengesan seorang lagi suspek dikenali sebagai Julian Said, 37 tahun, dan beralamat di Tawadakan, Jalan Kuda, Kota Belud, Sabah. Orang ramai boleh hubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Muhammad Afandi Othman di talian 019-815 6812 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Sumber: Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …