KEMBARA MERDEKA JKR KELANTAN JELAJAH 10 DAERAH

Konvoi Kembara Merdeka Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan akan menelusuri 10 daerah bermula hari ini, menjelang sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024.

Konvoi yang disertai oleh kakitangan JKR Kelantan termasuk jurutera jajahan serta ketua bahagian itu membabitkan jarak sejauh 750 kilometer dan dijangka berakhir esok.

Perjalanan akan bermula di JKR Kota Bharu dan kemudian diteruskan ke JKR Bachok, JKR Pasir Puteh, JKR Machang, JKR Kuala Krai, JKR Gua Musang, JKR Tanah Merah, JKR Jeli,  JKR Tumpat  dan JKR Pasir Mas.

Konvoi ini disertai oleh kira-kira 75 motosikal, termasuk motosikal berkuasa tinggi.

 

Sumber: Bernama

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …