MALAYSIA, INDIA KUKUHKAN HUBUNGAN MENERUSI PEMETERAIAN LAPAN MOU

Malaysia dan India pada 20 Ogos 2024 mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara mereka dengan pemeteraian lapan Memorandum Persefahaman (MoU).

MoU itu meliputi pelbagai sektor termasuk pengambilan pekerja, perubatan tradisional, teknologi digital, budaya, pelancongan dan pentadbiran awam.

  • MoU pertama adalah berkenaan pengambilan, penggajian, dan penghantaran pulang pekerja – KESUMA
  • MoU kedua pula berkaitan rawatan Ayurveda dan sistem perubatan tradisional lain – KLN
  • MoU ketiga berkaitan kerjasama dalam bidang teknologi digital – KD
  • MoU keempat dan kelima  berhubung kerjasama pelancongan, serta kerjasama dalam bidang kebudayaan, seni dan warisan – MOTAC
  • MoU keenam MoU mengenai pentadbiran awam dan pembaharuan tadbir urus – JPA
  • MoU ketujuh melibatkan kerjasama dalam bidang belia dan sukan
  • MoU kelapan MoU antara International Financial Services Centres Authority (IFSCA) dan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (LFSA)

Perjanjian ini dijangka mengukuhkan lagi perkongsian strategik antara kedua-dua negara, memupuk kerjasama merentasi pelbagai bidang di samping mewujudkan peluang baharu untuk pertumbuhan dan pembangunan bersama.

 

Sumber: Bernama

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …