WAJAH BARU TAMAN TASIK TITIWANGSA

Taman Tasik Titiwangsa yang dibuka semula pada 15 Disember 2019 selepas ditutup sejak September 2018 untuk pengubahsuaian, memperkenalkan pelbagai tarikan baru yang menarik antaranya Taman Air Kanak-Kanak, Kanopi Banjaran Titiwangsa dan Laman Kerawang (Taman Maze).

Kanopi Banjaran Titiwangsa yang dibina daripada pelantar kayu sepanjang lebih 100 meter memberi pengalaman kepada pengunjung merasai keindahan landskap semulajadi yang indah dan menenangkan. Tarikan ini direka dengan sungai buatan, jeram kecil dan sistem kabus.

Manakala Laman Kerawang atau ‘Maze Garden’ di Taman Tasik Titiwangsa adalah taman pagar sesat yang diilhamkan dari rekabentuk kerawang yang biasa dijumpai di wilayah Nusantara. Ketinggian tanaman pagar ini ialah 1.2 meter dan di celah-celah pokok, terdapat 16 lampu rama-rama LED yang akan menjadi lebih menarik pada waktu malam.

Dua laluan trek turut dibina untuk penunggang basikal (berwarna merah) sepanjang 2.55 km dan pejalan kaki atau berjogging (hitam) sepanjang 4.65km di dalam dan di sekeliling taman. Kemudahan-kemudahan lain sedia ada seperti astaka, turut dinaik taraf bagi memberi keselesaan kepada warga kota.

Tahukah anda? Taman Tasik Titiwangsa adalah nama baru yang diberikan oleh Datuk Hussein Onn pada tahun 1980? Nama sebelumnya adalah Taman Jalan Kuantan dan pembangunan taman itu telah bermula sejak 1975.

#KLgreen

#CaknaKehijauan

#CaknaWilayahPersekutuan

Gambar : Ihsan daripada FB Kementerian Wilayah Persekutuan 

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …