KEMARAU JEJASKAN HASIL PADI KELANTAN

Kemarau yang berterusan telah menjejaskan pengeluaran hasil padi di Kelantan tahun ini, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah melaksanakan langkah pembenihan awan di rumah pam air di Kemubu dan Empangan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) di Salor Pasir Mas, namun langkah itu tidak berhasil.
Meskipun begitu, setakat ini bekalan beras dalam negara masih pada tahap mencukupi.
Pada Jun lepas, KPKM memberi jaminan bekalan beras sebagai makanan ruji masih mencukupi dalam pasaran bagi memenuhi keperluan rakyat negara ini.
KPKM dalam kenyataannya memaklumkan kedudukan semasa stok beras negara setakat 18 Jun lepas adalah sebanyak 1,128,165 tan metrik mencukupi bagi tempoh lima ke enam bulan keperluan negara.
Laporan sebelum ini memaklumkan bahawa KADA merupakan kawasan jelapang padi kedua terbesar negara, namun hasil tanamannya masih ketinggalan iaitu purata 4.1 tan metrik sehektar berbanding jelapang barat laut Selangor dengan 4.32 tan metrik, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (4.24 tan metrik) dan Pulau Pinang (5.05 tan metrik).

 

Sumber: Astro Awani

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …