𝗠𝗔𝗥𝗜𝗧𝗜𝗠 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗥𝗔𝗠𝗣𝗔𝗦 𝟮 𝗩𝗘𝗦𝗘𝗟 𝗡𝗘𝗟𝗔𝗬𝗔𝗡 𝗔𝗦𝗜𝗡𝗚 𝗕𝗘𝗥𝗡𝗜𝗟𝗔𝗜 𝗥𝗠𝟯 𝗝𝗨𝗧𝗔, 𝗛𝗔𝗦𝗜𝗟 𝗟𝗔𝗨𝗧 𝟭 𝗧𝗔𝗡

Maritim Negeri Terengganu telah menahan dua Vesel Nelayan Asing yang telah mengambil hampir 1 tan hasil laut secara haram di perairan Terengganu. Kedua-dua Vesel Nelayan Asing Vietnam terbabit ditahan kapal peronda KM RAWA menerusi Op Naga Barat di kedudukan sekitar 192 batu nautika timur laut muara Kuala Terengganu.

Menurut Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Mohd Khairulanuar Abd. Majid, Vesel Nelayan Asing terbabit dikesan melakukan aktiviti penangkapan ikan secara haram di dalam Zon Ekonomi Eksklusif negara sekitar jam 3.30 petang 7 Ogos sebelum berjaya ditahan KM RAWA.

Hasil pemeriksaan ke atas kedua-dua Vesel Nelayan Asing telah berjaya menahan 17 nelayan Vietnam termasuk tekong berusia dalam lingkungan 23 hingga 50 tahun.

Selain itu, kesemua suspek gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri serta kebenaran perjalanan yang sah selain tidak memiliki permit serta kebenaran untuk menangkap ikan di perairan negara daripada Jabatan Perikanan.

Kesemua nelayan, dua bot, peralatan menangkap ikan dan hasil laut ditahan dengan nilai anggaran RM3 juta diiring ke Jeti Maritim Terengganu untuk siasatan lanjut. Proses mengiring bot tahanan mengambil masa hampir 30 jam berikutan keadaan jarak yang jauh, cuaca yang buruk serta ombak bergelora.

Kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63. Jika sabit kesalahan, tekong boleh dikenakan denda tidak lebih RM1 juta manakala RM100,000 bagi setiap kru atau penjara tidak melebihi dua tahun.

Sumber: APMM Malaysia

 

Artikel/Berita Terkini

12 DITAHAN, RM41 JUTA HASIL BUMI DAN JENTERA DIRAMPAS

OPERASI: Salah sebuah kawasan yang diserbu semasa Op Bersepadu Khazanah atau Op Gali Mega, baru-baru ini. KOTA KINABALU: Seramai 12 …

111 WARGA ASING DITAHAN DALAM OPS SAPU DI TIGA DAERAH

TAHAN: Antara PATI Yang Ditahan Dalam Operasi Ini. KOTA KINABALU: Seramai 111 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah …

AADK TUBUH UNIT DRON PERKUKUH PEMANTAUAN KAWASAN PANAS DADAH

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menubuhkan Unit Dron bagi memperkukuh pemantauan dan meningkatkan keupayaan penguatkuasaan, khususnya di kawasan panas penyalahgunaan dadah …