SURI RUMAH HILANG HAMPIR RM145,000 AKIBAT PELABURAN TIDAK WUJUD

KUANTAN: Seorang suri rumah di Jerantut kerugian RM144,750 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata mangsa berusia 44 tahun berminat menyertai pelaburan melalui aplikasi Telegram pada 21 Julai lalu.

Katanya, mangsa mula melabur sejumlah RM1,000 dan memperolehi pulangan berjumlah RM30,000 dalam tempoh singkat seperti yang dijanjikan suspek.

“Selepas itu, suspek mengarahkan mangsa membuat bayaran wang proses untuk menebus hasil pelaburan itu.

“Sepanjang tempoh bermula dari 21 Julai lalu hingga kelmarin, mangsa melakukan 21 transaksi kepada 13 akaun bank yang diberikan suspek.

“Mangsa mula menyedari ditipu selepas gagal mengeluarkan wang keuntungan pelaburan berkenaan. Siasatan mendapati sumber kewangan adalah daripada wang simpanan mangsa.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Yahaya menasihati orang ramai sentiasa berwaspada dengan sindiket pelaburan tidak wujud dan jangan mudah terpengaruh dengan skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan yang lumayan.

“Masyarakat juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima dipautan https://semakmule.rmp.gov.my terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi,” katanya.

SUMBER: BH

Artikel/Berita Terkini

PEMBUKAAN PUSAT MEDIA SEMPENA PRU DEWAN UNDANGAN NEGERI MELAKA KE-16

𝐏𝐄𝐌𝐁𝐔𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐑𝐔 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐊𝐄-𝟏𝟔Pusat Media Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri, Negeri Melaka …

AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM

AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM SEMPENA HARI BERTEMU PELANGGAN JABATAN PENDAFTARAN NEGARA NEGERI MELAKA Melaka – Agensi Antidadah …

PERKUKUH SINERGI INSTITUSI, MANTAPKAN KESELAMATAN NEGERI : KETUA POLIS MELAKA

 Melaka – Ketua Polis Melaka, YDH DCP Datuk Wira Dzulkhairi bin Mukhtar, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang …