‘MADANI JIWA MERDEKA’ LAGU TEMA HARI KEBANGSAAN 2024 BANGKIT SEMANGAT MUHIBAH

Lagu tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia bertajuk ‘MADANI Jiwa Merdeka’ dilancarkan hari ini, merupakan lagu patriotik yang unik dengan iringan paluan alat muzik tradisional seperti sitar, tabla dan gendang.

Pengarah Muzik Radio Televisyen Malaysia (RTM) Datuk Mokhzani Ismail berkata lagu dan lirik ciptaan Affan Mazlan, hasil gubahan beliau sendiri dan dinyanyikan Amir Masdi itu, antara lagu terbaik pernah diterbitkan sepanjang menjadi pengerusi lagu tema Hari Kebangsaan.

Lagu tema ‘MADANI Jiwa Merdeka’ bukan sekadar lagu, tetapi apabila diperdengarkan kepada seluruh rakyat Malaysia ia mampu membangkitkan satu semangat menyambut Hari Kebangsaan ke-67 tahun ini.

 

Sumber: Bernama

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …