12% BELIA TERENGGANU TIDAK SEDAR HIDAP DARAH TINGGI

Sebanyak 12 peratus daripada 32,000 belia yang disaring menerusi Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan (NHSI) pada tahun lepas di Terengganu didapati menghidap penyakit darah tinggi, namun malangnya ramai daripada mereka tidak menyedari keadaan tersebut.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT), Datuk Dr Kasemani Embong, berkata pihaknya telah menjalankan saringan terhadap 32,000 rakyat Terengganu pada tahun 2023 dan mendapati sebanyak 16 peratus daripada mereka mengalami penyakit darah tinggi yang tidak didiagnosis sebelumnya. Daripada jumlah tersebut, 12 peratus adalah golongan belia. Mereka hanya mengetahui mereka menghidap penyakit ini selepas menjalani saringan.

Ramai kalangan masyarakat mengalami kematian di usia muda dan tiba-tiba jatuh pengsan. Pada ketika itu barulah dapat mengetahui bahawa mereka ini sebenarnya ada darah tinggi, pendarahan dan sebagainya. JKNT menggesa supaya rakyat di Terengganu tampil untuk jalani pemeriksaan kesihatan di hospital dan klinik kesihatan supaya dapat mengesan lebih awal tentang penyakit dihidapi.

Golongan yang berisiko menghidap penyakit darah tinggi merupakan mereka yang berumur antara 20 hingga 40 tahun. Mereka berusia 20 hingga 40 tahun ini selalu merasakan bahawa umur mereka masih muda dan beranggapan tidak perlu jalani pemeriksaan kesihatan.

Dalam kalangan pesakit diabetes pula, sebanyak 97 peratus daripada 39,000 pesakit aktif mempunyai penyakit darah tinggi. Hanya 37 peratus mempunyai tekanan darah yang terkawal dan seramai 12 peratus tidak mengetahui bahawa mereka menghidap darah tinggi dan paling ramai adalah melibatkan golongan belia.

Sumber: TRDI

Artikel/Berita Terkini

12 DITAHAN, RM41 JUTA HASIL BUMI DAN JENTERA DIRAMPAS

OPERASI: Salah sebuah kawasan yang diserbu semasa Op Bersepadu Khazanah atau Op Gali Mega, baru-baru ini. KOTA KINABALU: Seramai 12 …

111 WARGA ASING DITAHAN DALAM OPS SAPU DI TIGA DAERAH

TAHAN: Antara PATI Yang Ditahan Dalam Operasi Ini. KOTA KINABALU: Seramai 111 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah …

AADK TUBUH UNIT DRON PERKUKUH PEMANTAUAN KAWASAN PANAS DADAH

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menubuhkan Unit Dron bagi memperkukuh pemantauan dan meningkatkan keupayaan penguatkuasaan, khususnya di kawasan panas penyalahgunaan dadah …