π’π„πŠπŽπ‹π€π‡ πƒπ€π‹π€πŒ π‡πŽπ’ππˆπ“π€π‹ (𝐒𝐃𝐇)

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Hospital Seberang Jaya (HSJ) telah menjadi hospital yang pertama dalam negeri Pulau Pinang yang mempunyai Sekolah Dalam Hospital (SDH).Majlis perasmian hari pertama pengoperasian Sekolah Dalam Hospital (SDH) di Hospital Seberang Jaya telah diadakan pada hari ini dan telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Haji Abdul Said bin Hussein, Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP).

Sejarah penubuhan SDH di Hospital Seberang Jaya ini sebenarnya telah bermula sejak 22 Januari 2013 lagi di mana pihak hospital telah menerima surat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai Cadangan Perluasan Projek Sekolah Dalam Hospital dan Hospital Seberang Jaya telah tersenarai dalam Cadangan tersebut bagi Fasa 5.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) amat menitikberatkan penyampaian perkhidmatan yang efisien dan holistik kepada semua lapisan masyarakat termasuklah dalam aspek penyediaan kemudahan pembelajaran kepada semua pesakit dan waris-waris yang mengiringi pesakit ke hospital. Melalui inisiatif sebegini ia secara tidak langsung dapat membantu memberikan pembelajaran yang berterusan kepada pesakit terutamanya para pelajar yang sedang berjuang mendapatkan ilmu pengetahuan.

Sumber : Jabatan Kesihatan Negeri Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/jknpenang

Artikel/Berita Terkini

TAKLIMAT KESELAMATAN JALAN RAYA

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Jabatan Pengangkutan …

KETUA POLIS MELAKA TUNAIKAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PENGUNDI AWAL PRN MELAKA KE-16

Melaka – Ketua Polis Melaka, YDH Datuk Wira Dzulkhairi bin Mukhtar, hari ini hadir menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal sempena …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)Β  Program Jualan …