KASTAM KELANTAN GAGALKAN CUBAAN SELUDUP MASUK 7.1 TAN KARKAS BABI

  • Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas 7,100 kilogram atau 7.1 tan karkas babi dipercayai diseludup dari negara jiran yang dianggar bernilai RM106,500 di Jalan Pengkalan Kubor-Kota Bharu pada 31 Julai lepas.
  • Rampasan dilakukan Pasukan Marin JKDM Penguatkuasaan Pengkalan Kubor selepas mengekori dan menahan sebuah treler membawa kontena dipandu lelaki di jalan berkenaan.
  • Rampasan barang seludup itu melibatkan cukai dianggar RM42,600 manakala treler beserta kontena dianggar RM500,000. Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1) (e) Akta Kastam 1967.

 

Sumber: Bernama, Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

AWAS! DADAH BERBENTUK GULA-GULA

Sindiket dadah kini semakin licik dengan menyamarkan bahan terlarang dalam bentuk pil berwarna-warni yang menyerupai gula-gula atau kartun bagi mengelirukan …

LITAR KHAS UNTUK MAT REMPIT

Cadangan membina litar khas untuk mat rempit adalah bertujuan mengurangkan lumba haram di jalan raya, meningkatkan keselamatan awam dan menyalurkan minat belia …

TREND RUMAH SEWA ‘MIX GENDER’ LANGGAR BATAS SYARIAT ISLAM

Trend rumah sewa bercampur jantina dalam kalangan golongan muda khususnya pelajar dan pekerja bandar bertentangan prinsip syariah serta berisiko mengundang …