NEGERI SEMBILAN PERKENAL BERAS JENAMA SENDIRI

Kerajaan Negeri Sembilan memperkenalkan jenama beras sendiri yang dikenali sebagai ‘Perpatih’ bagi memenuhi permintaan rakyat di negeri ini sekali gus dapat membangunkan industri padi di sini.

Menurut Exco Kanan Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, beras berkenaan akan mula dijual menerusi Jualan Negeri Sembilan Prihatin di seluruh Negeri Sembilan mengikut jadual yang ditetapkan. Bekalan beras ini diperolehi daripada pesawah penanaman padi di Londah, Gemas; Juasseh, Kuala Pilah; Jelebu dan beberapa kawasan lain dengan keluasan keseluruhan 580 hektar.

Secara amnya negeri ini mempunyai sekitar 1,200 hektar kawasan penanaman padi namun masih belum ditanam secara keseluruhan kerana terdapat beberapa perkara yang dalam tindakan antaranya kemudahan infrastruktur dan perparitan yang sedang dinaik taraf. Kawasan berkenaan akan dijadikan lokasi penanaman padi secara berperingkat dalam tempoh tertentu sehingga negeri ini mampu membina kilang beras sendiri pada masa akan datang. Untuk jangka masa panjang, selepas masalah penawaran dan permintaan beras ini stabil, beras ini akan mula dipasarkan di kedai-kedai di dalam Negeri Sembilan.

Beras Perpatih ini akan dijual dengan harga RM26 bagi 10 kilogram manakala RM13 bagi lima kilogram yang juga diedarkan melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP). Bagi memastikan bekalan beras negeri sentiasa berterusan, pihaknya mengambil beberapa langkah termasuk membaiki infrastruktur ladang, sistem pengairan dan program transformasi teknologi termasuk penggunaa dron bagi tujuan pembajaan dan racun.

Selain itu, kerajaan Negeri Sembilan juga mengambil beberapa langkah progresif dan berterusan untuk jangka masa sederhana dengan turut menjalinkan kerjasama bersama syarikat swasta dengan mewujudkan Pusat Pengumpulan Padi di Melang, Kuala Pilah.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …