WANITA DITAHAN KERANA AKSI TIDAK SENONOH DI TIKTOK

TAWAU: Kemaruk mahu meraih tontonan tinggi dalam aplikasi TikTok dipercayai mendorong seorang wanita membuat aksi tidak senonoh berlatar belakang kenderaan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Aksi wanita berusia 22 tahun itu akhirnya mengundang padah apabila ditahan, semalam susulan satu laporan polis dibuat mengenai video dalam aplikasi TikTok milik wanita terbabit yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, hasil siasatan mendapati rakaman video berdurasi 17 saat memaparkan aksi lucah wanita terbabit itu dilakukan di tempat awam dan berlatar belakang kenderaan PDRM di kawasan bandar Tawau, kira-kira jam 4 petang.

“Susulan rakaman itu, pengadu yang juga pegawai kanan polis bertindak membuat laporan terhadap pemilik akaun TikTok wanita terbabit.

“Sepasukan polis terus menjalankan tangkapan ke atas seorang wanita warga tempatan yang berusia 22 tahun disyaki milik akaun TikTok berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, hasil siasatan, tujuan wanita terbabit mengambil video menari itu adalah sebagai hiburan dan untuk dimuat naik ke dalam akaun TikToknya.

“Sebuah telefon bimbit dan sekeping simkad milik suspek turut dirampas untuk siasatan lanjut serta rakaman percakapan.

“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 15 Ordinan Kesalahan Kecil Undang-Undang Negeri Sabah,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#KeselematanNegaraTanggungjawabBersama
#MknSabah
#BKN2024

 

Sumber: INFO X

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …