KOLEJ TINGKATAN ENAM TUANKU MUHRIZ DIMASYURKAN

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir merasmikan Pemasyuran Kolej Tingkatan Enam Tuanku Muhriz, di sini, hari ini. Turut berangkat, Tunku Ampuan Besar, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud dan Tunku Zain Al-‘Abidin Tuanku Muhriz. Yang turut hadir, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dan isteri, Datin Seri Wan Hasni Wan Yusof.

Pengetua Kolej Tingkatan Enam Tuanku Muhriz, Datin Seri Nurul Hidayah Seah Abdullah, berkata pemasyhuran itu memberikan semangat baharu kepada warga kolej untuk meningkatkan prestasi sejajar nama Tuanku Muhriz. Menurutnya, setakat ini prestasi pelajar kolej ini menunjukkan pencapaian memberangsangkan apabila keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2023 yang menyaksikan 13 pelajar meraih Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.0. Kolej itu mempunyai 864 orang pelajar dan 101 tenaga pengajar.

Sumber:Β Berita Harian

 

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

Β Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta. Β Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut

POLIS BURU DUA SUSPEK GUNA WANG RM100 PALSU

Polis sedang memburu dua suspek yang disyaki menggunakan dua wang palsu RM100 untuk membeli makanan di dua premis di Pekan …
Maklumat Lanjut