DIDENDA RM1,700 BUAT LAPORAN PALSU UNTUK TARIK PERHATIAN RAKAN

Mahkamah Majistret di sini pada Selasa menjatuhi hukuman denda RM1,700 terhadap seorang pekerja syarikat pembersihan selepas mengaku bersalah membuat laporan polis palsu bahawa dia diugut sehingga mengalami kecederaan gara-gara ingin menarik perhatian rakannya. Majistret Saiful Sayoti turut memerintahkan Nur Maizatul Khairiah Mohd Nazri,26, dipenjara dua bulan jika gagal membayar denda tersebut.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh telah memberi kenyataan kepada seorang pegawai polis wanita maklumat bertulis berkaitan kejadian kes ugutan dalam aplikasi WhatsApp dan mendatangkan kecederaan di depan sebuah kilang di daerah ini. Ia yang mana tertuduh ketahui sebagai maklumat palsu sedemikian telah menyebabkan pegawai polis tersebut melakukan tindakan tidak sepatutnya diambil jika mengetahui atau fakta sebenar. Perbuatan itu dilakukan tertuduh pada 20 Julai lalu jam 12.15 tengah malam bertempat di pejabat pegawai penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah.

Sehubungan itu, dia telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum dibawah seksyen sama yang membawa hukuman sehingga enam bulan atau dengan denda hingga RM2,000 atau dengan kedua-duanya jika sabit kesalahan. Tertuduh yang sebelum itu diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Mohamad Faisal Jaafar dalam rayuannya memohon mahkamah mengenakan jumlah denda paling minimum susulan tertuduh perlu menanggung keluarganya dengan pendapatan RM1,300 selain ini merupakan kesalahan pertamanya.

Pendakwaan yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Khairunnisa Zainudin dalam hujahnya memohon hukuman setimpal kerana perbuatan tertuduh itu menyusahkan pihak terlibat terutamanya polis.

Mengikut fakta kes, tertuduh telah membuat laporan polis palsu dengan mendakwa menerima ugutan melalui Whatsapp dan telah dicederakan di bahagian lengan kiri dengan menggunakan pisau. Kejadian itu dikatakan berlaku semasa dia menaiki motosikal jenis skuter Yamaha Ego menuju balik ke Juasseh sehingga menyebabkannya terbabas di bahu jalan berhampiran sebuah kilang di Kuala Pilah.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut