MALAYSIA MAHU SEMUA PIHAK HORMATI UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA DALAM ISU LAUT CHINA SELATAN

Malaysia mahu semua pihak menghormati undang-undang antarabangsa dan undang-undang laut antarabangsa supaya keberadaan kuasa-kuasa luar dapat dikurangkan di Laut China Selatan.

Malaysia telah mencadangkan dalam sesi pleno Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-57 (AMM ke-57) supaya negara-negara ASEAN tidak memilih untuk memohon bantuan daripada pihak luar untuk menyelesaikan pertikaian wilayah di Laut China Selatan.

Sebaiknya isu dalam negara ASEAN dan dalam rantau Asia Tenggara ini diselesaikan melalui perundingan dan melalui dialog antara negara-negara.

Pemusatan ASEAN itu penting kerana jika ada antara negara ASEAN yang cuba membawa pengaruh luar untuk menyelesaikan masalah negara mereka, ia akan menyebabkan ketidaktentuan dalam rantau Asia Tenggara.

Ia juga dipersetujui bahawa ASEAN perlu memperbanyakkan rundingan supaya kehadiran pihak-pihak luar dapat dikurangkan.

Sumber: Bernama

Artikel/Berita Terkini

OPERASI BERSEPADU

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Majlis Bandaraya …

PROGRAM HARI KEBANGSAAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Hari …

PROGRAM JIWA @ KOMUNITI MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) PROGRAM JIWA …