Keris Tok Chu yang dipercayai berusia hampir 200 tahun dan Sampir Kuseriwa diisytiharkan sebagai warisan Kelantan.
Pengisytiharan itu disempurnakan Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra pada majlis perasmian Festival Keris dan Warisan Kelantan di Istana Balai Besar.
Kerajaan Negeri Kelantan akan mendaftarkan hak cipta senjata itu di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan mewartakannya sebagai warisan Kelantan di Jabatan Warisan Negara dalam masa terdekat.
- Keris Tok Chu dikatakan berasal dari Kampung Laut, Tumpat dibuat oleh seorang penempa yang bernama Tok Chu
- Sampir Kuseriwa dibuat oleh empu (orang yang mahir pembuatan keris) diraja Kelantan zaman dahulu
Sumber: Bernama