π—žπ—˜π—–π—˜π—₯𝗗𝗔𝗦𝗔𝗑 𝗕𝗨𝗔𝗧𝗔𝗑 (π—”π—œ) 𝗗𝗔π—₯π—œ π—£π—˜π—₯π—¦π—£π—˜π—žπ—§π—œπ—™ π—œπ—¦π—Ÿπ—”π— 

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Pada 25 julai 2024 (Khamis), Majlis Keselamatan Negara Negeri Pulau Pinang seminar di Auditorium Perpustakaan Awam Seberang Jaya sempena Bulan Keselamatan Negara bertajuk β€œKecerdasan Buatan (AI) dari Perspektif Islam : Peluang atau Ancaman kepada Negara.

Penceramah yang dijemput ialah Dato’ Dr Danial Bin Zainal Abidin (Doktor Perubatan dan Penceramah Bebas) dari Danial Zainal Consultancy (M) Sdn Bhd serta Encik Mohd Fairus bin Muhamad, Ketua Jabatan Pembangunan Perkhidmatan Awam dari Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia (MCMC).

Seramai 160 orang penjawat awam dari lebih 40 agensi persekutuan, negeri dan perbadanan Pulau Pinang menghadirkan diri untuk mendengar seminar yang dianjurkan.

Antara kupasan menarik yang dikongsikan adalah keperluan untuk sentiasa bersedia menghadapi kepesatan teknologi semasa tanpa mengabaikan norma dan etika Islam dalam kehidupan. Sebagai tunjang pentadbiran negara, penjawat awam perlu sentiasa cakna dengan pembaharuan teknologi terkini dan mengambil peduli tentang ancaman-ancaman yang boleh menggugat kestabilan negara.

Majlis Keselamatan Negara Negeri Pulau Pinang merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan seminar ini.

#keselamatannegaratanggungjawabbersama

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …