104 PATI WARGA INDONESIA DIHANTAR PULANG KE NEGARA

TAWAU: Seramai 104 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia dipindahkan dari Pelabuhan Tawau untuk balik ke negara asal, semalam.

Semua PATI terbabit dipindahkan menggunakan pengangkutan laut ke Pelabuhan Nunukan, Terminal Tunon Taka, Indonesia.

Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yusoff berkata, pemindahan membabitkan seramai 78 lelaki dan 21 wanita itu dijalankan dengan kerjasama Konsulat Republik Indonesia (KRI) Tawau.

Selain itu katanya, JIM turut menghantar pulang lima kanak-kanak lelaki dan perempuan berusia 12 tahun kebawah.

PATI warga Indonesia dihantar pulang ke negara asal dari Pelabuhan Tawau, semalam. – Foto/Imigresen

“Ini adalah program pemindahan siri ke-12 untuk kategori Usir melalui laut bagi tahun 2024 ke negara asal masing-masing menggunakan pengangkutan Feri Francis Express.

“Semua PATI berusia lingkungan dua hingga 55 tahun ini melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan–Peraturan Imigresen 1963,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

SH Sitti Saleha berkata, hukuman yang dikenakan adalah berdasarkan Akta Imigresen dan proses perundangan negara sehingga ke tindakan pemindahan keluar

PATI warga Indonesia yang dihantar pulang ke negara asal mereka. – Foto/Imigresen

Sehubungan itu, SH Sitti Saleha berkata, Jabatan Imigresen Sabah akan terus komited melakukan operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa.

Katanya, tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang tidak mematuhi peraturan dan undang-undang negara.

“Pemindahan PATI akan dilakukan setelah melalui semua tindakan penguatkuasaan dan proses undang-undang negara serta mendapat pengesahan daripada kedutaan negara masing-masing.

“Operasi Pemindahan ini adalah merupakan sebahagian daripada operasi berterusan yang dilakukan oleh JIM Sabah bagi tahanan warga asing yang ditempatkan di semua Depot Imigresen di seluruh Negeri Sabah,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah
#BKN2024

 

Sumber: INFO X

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut