SISIPAN SEJARAH : PENGURNIAAN GELARAN ‘DIRAJA’ KEPADA PASUKAN POLIS PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

Pada 24 Julai dalam tahun 1958, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad  telah berkenan mengurniakan gelaran ‘DiRaja’ kepada Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu. Turut hadir  diupacara tersebut ialah Timbalan Perdana Penteri, Tun Abdul Razak bin Hussein; YAB Pesuruhjaya Polis, Dato W.L.R Carbonell dan Pesuruhjaya Polis Singapura, A.E.G. Blades.  Dengan kurniaan ‘DiRaja’ ini pasukan polis dikenali dengan nama “Polis DiRaja Persekutuan” atau “The Royal Federation of Malayan Police”.  Serentak dengan kurniaan itu juga, bendera baru Polis Di Raja Persekutuan turut dikibarkan. Sesungguhnya Pengurniaan `DiRaja’ itu merupakan satu penghormatan kepada khidmat bakti cemerlang dan kesetiaan pasukan polis sejak penubuhannya pada 1807 dalam usaha memelihara keamanan, keharmonian dan ketenteraman rakyat dan negara.

 

Sumber: Arkib Negara Malaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …