OP CARILAMAT PERLANGGARAN KAPAL MT HEFNIA DAN MT CERES I DI PERAIRAN TANJUNG BALAU, KOTA TINGGI, JOHOR DITAMATKAN PADA 22 JULAI 2024

Dua buah kapal iaitu MT Hefnia Nile dan MT Ceres I telah berlanggar dalam perairan Malaysia iatu Perairan Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor pada awal pagi 19 Julai 2024. Operasi mencari dan menyelamat (OP CARILAMAT) telah diaktifkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pada 19 Julai 2024 dan Pangkalan Hadapan CARILAMAT telah ditubuhkan di jeti Zon Maritim Tanjung Sedili bagi mengkoordinasikan pencarian. Perlanggaran ini telah menyebabkan kedua-dua buah kapal terbakar. Sebanyak 62 orang kru kapal telah dikenal pasti dan diselamatkan yang terdiri daripada 40 orang kru dari kapal MT Ceres I dan 22 orang kru dari kapal MT Hefnia Nile.

Pada 20 Julai 2024, hari kedua pencarian, Kapal MT Ceres 1 didapati telah meninggalkan lokasi perlanggaran dengan menutup sistem pengenalan automatik kapal tetapi berjaya ditemui pada awal pagi hari ketiga pencarian iaitu 21 Julai 2024 di kedudukan 28 batu nautika timur laut Pulau Tioman. Kapal berkenaan telah ditahan oleh Kapal peronda luar pesisir (OPV) KM PEKAN Maritim Malaysia bersama dua buah bot tunda yang dipercayai milik Singapura yang membantu membawa lari kapal berkenaan.

Insiden itu turut menyebabkan berlakunya sedikit tumpahan minyak dan pengurusan kawalan tumpahan minyak akan dikoordinasikan oleh Jabatan Alam Sekitar.

OP CARILAMAT insiden perlanggaran kapal tangki MT Hafnia Nile dan MT Ceres  telah ditamatkan pada 22 Julai 2024 pada jam 1 petang setelah kebakaran pada kedua-dua kapal tangki terbabit telah dapat dikawal dan dipadam sepenuhnya.

Kedua-dua kapal tangki terbabit akan ditunda ke perairan Sedili kira-kira 20 batu nautika timur Tanjung Sedili bagi membolehkan siasatan lanjut dan punca kejadian disiasat oleh pihak Jabatan Laut Wilayah Selatan.

Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada APMM atas tindakan pantas yang diambil dalam menjaga perairan Malaysia dan agensi Kerajaan lain yang memainkan peranan penting dalam isu ini.

Sumber : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

#MKNJohor #DKNmy #KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama#PemikiranStrategikPuncaKemenangan #BKN2024

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …