FILIPINA TIDAK AKAN BERUNDUR DALAM PERTIKAIAN LAUT, WALAUPUN PERJANJIAN DENGAN CHINA

Filipina tidak akan berundur daripada menegaskan haknya di Laut China Selatan yang dipertikaikan, walaupun mencapai perjanjian dengan Beijing untuk mengelakkan konfrontasi di kawasan itu.

Kenyataan Presiden Filipina itu dikeluarkan sehari selepas Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina mengumumkan bahawa Manila dan Beijing bersetuju dengan “pengaturan sementara” tentang bagaimana Filipina boleh menghantar bekalan kepada tenteranya di BRP Sierra Madre di Second Thomas Shoal, yang secara tempatan dipanggil Ayungin Shoal.

Filipina mendaratkan BRP Sierra Madre, sebuah kapal tentera laut usang, di beting itu pada 1999 untuk menandakan tuntutan negara itu ke atas kawasan berkenaan. Tentera Filipina ditempatkan di bangkai kapal yang berkarat itu.

 

 

Sumber: Bernama

 

 

Artikel/Berita Terkini

111 WARGA ASING DITAHAN DALAM OPS SAPU DI TIGA DAERAH

TAHAN: Antara PATI Yang Ditahan Dalam Operasi Ini. KOTA KINABALU: Seramai 111 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah …

AADK TUBUH UNIT DRON PERKUKUH PEMANTAUAN KAWASAN PANAS DADAH

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menubuhkan Unit Dron bagi memperkukuh pemantauan dan meningkatkan keupayaan penguatkuasaan, khususnya di kawasan panas penyalahgunaan dadah …

THANUSAA CIPTA KEJUTAN, SUMBANG EMAS UNTUK MELAKA

Ayer Keroh – Melaka terus menambah kutipan pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor apabila atlet skuasy wanita, U Thanusaa …