PURATA 80 KES JENAYAH KOMERSIAL DICATAT SEHARI DI NEGARA INI

Jumlah kerugian akibat kes jenayah komersial mencatatkan nilai hampir mencecah RM1.4 bilion bagi kes yang disiasat setakat 21 Julai lalu.

Nilai kerugian itu menunjukkan peningkatan 37 peratus berbanding RM1.01 bilion pada tahun lalu.

Jumlah jenayah komersial yang disiasat pula menurun tujuh peratus daripada 17,322 kepada 16,244 kes.

Daripada aspek pertuduhan, 48% atau 7,672 kertas siasatan berjaya dituduh setakat ini. Peratusan pertuduhan ini lebih tinggi berbanding 2023 yang mencatatkan jumlah 46% (8,020) daripada keseluruhan kertas siasatan yang dibuka dalam tempoh itu.

Statistik ini menunjukkan kesedaran masyarakat dalam usaha membendung kes jenayah komersial.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

ANWAR SANTUNI MANGSA KEBAKARAN KG NUMBAK

TINJAU: Anwar semasa menyantuni mangsa kebakaran di Kg Numbak. KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melawat …

KERAJAAN SETUJU TINGKAT NISBAH KERUSI PARLIMEN SABAH, SARAWAK

MENJELASKAN: Anwar (dua kiri) semasa dalam sidang media. KOTA KINABALU: Kerajaan bersetuju meningkatkan nisbah perwakilan Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak …

ANWAR TIBA DI SICC PENGERUSIKAN MESYUARAT MTPMA63 2026

Anwar (tujuh, kanan) bersama Hajiji Noor (tujuh, kiri) dan PAbang Johari (enam, kanan) merakam gambar kenangan Mesyuarat MA63di di Pusat …