JELEBU BAKAL PENGELUAR TERBESAR DURIAN UNTUK PASARAN TEMPATAN, EKSPORT

Kerajaan Negeri Sembilan merancang menjadikan Jelebu sebagai pengeluar durian terbesar dan terbaik bukan sahaja untuk pasaran tempatan tetapi juga dieksport terutama di China, dalam tempoh lima tahun akan datang. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Perladangan dan Komoditi serta Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, usaha ke arah itu sedang dan akan dilaksanakan dengan beberapa kawasan milik kerajaan antaranya di Titi seluas 4,048 hektar telah ditanam durian.

Pihaknya akan bekerjasama dengan Menteri Besar Diperbadankan (MBI) untuk mengenal pasti beberapa kawasan lain yang sesuai bagi aktiviti tanaman durian.

Setakat ini usaha sedang dilaksanakan dengan kerjasama sekumpulan pengusaha dan pekebun kecil di Jelebu bagi menjayakan projek tanaman durian terbesar ini membabitkan pelbagai jenis termasuk Musang King, IOI, Black Thorn, D24 dan pelbagai lagi. Dalam tempoh lima atau enam tahun dari sekarang, Jelebu bakal bergelar daerah pengeluar durian berkualiti dan terbesar, yang bukan saja untuk memenuhi pasaran tempatan tetapi juga untuk tujuan eksport. Berikutan itu, dalam tempoh yang sama juga, pihaknya merancang untuk membina sebuah kilang memproses durian di Jelebu.

Program melatih pengusaha bagi penanaman durian yang baik akan turut dijalankan bagi merealisasikan matlamat berkenaan. Kerjasama dan sokongan agensi berkaitan seperti Jabatan Pertanian akan membantu pengusaha mengeluarkan benih durian yang berkualiti tinggi. Pengusaha akan dibimbing bagaimana mahu menghasilkan klon durian, proses pembajaan selain cara menguruskan tanaman pada peringkat awal serta aktiviti memasarkan durian ke luar negara. Pihaknya juga tidak menolak kemungkinan akan menubuhkan sebuah konsortium bagi memastikan projek ini berjaya dan durian dapat dipasarkan ke luar negara.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut