NEGERI SEMBILAN AKAN LANCAR BERAS JENAMA SENDIRI

Beras jenama Negeri Sembilan yang akan dilancarkan pada 3 Ogos ini akan memberi keutamaan kepada keperluan penduduk di negeri ini terlebih dulu, sebelum dipasarkan ke negeri lain. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Perladangan dan Komoditi serta Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup negeri, Datuk Seri Jalaluddin Alias, ini berikutan pengeluaran beras di negeri ini masih terhad.

Kawasan tanaman padi seluas 1,200 hektar ketika ini belum mampu menampung keseluruhan keperluan makanan ruji itu di negeri ini. Kawasan tanaman padi sedia ada hanya mampu menampung sebahagian daripada keperluan beras penduduk di Negeri Sembilan. Fokus utama kita adalah untuk menambah kawasan tanaman padi dan setakat ini kawasan terbesar adalah di Kampung Londah, Gemas, namun beberapa kawasan baharu akan dibangunkan termasuk di Kuala Pilah.

Apabila kuota kawasan itu mencukupi kelak, pihaknya merancang untuk membina sebuah kilang memproses padi sendiri dan ini akan memudahkan pihaknya untuk memasarkan beras kepada penduduk tempatan. Sebagai identiti, pihaknya akan melancarkan beras jenama sendiri pada 3 Ogos ini.  Jalaluddin berkata, apabila lebih banyak kawasan tanaman padi baharu dapat diwujudkan, ia akan dapat menambah pengeluaran dan memenuhi keperluan beras dalam negeri. Ini sekali gus akan dapat memastikan Negeri Sembilan tidak perlu lagi bergantung kepada negeri lain. Pusat Pengumpulan Padi Negeri Sembilan yang terletak di Melang, Kuala Pilah berjalan lancar dan mampu mengeluarkan kira-kira 3,100 tan metrik padi bagi dua musim.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …