WARGA EMAS DIKHUATIRI HILANG SELEPAS KELUAR KE KEBUN

KOTA MARUDU: Seorang lelaki warga emas dikhuatiri hilang selepas ke kebunnya di Kampung Tambilidon, Pitas, semalam.

Mangsa Adau Tangas, 83, dikatakan ke kebun berkenaan pada pagi semalam dan tidak pulang sehingga hari ini.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.30 pagi.

Katanya, sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Marcelius Junus digerakkan ke lokasi kejadian.

“Operasi pencarian dibahagikan kepada tiga sektor dan setiap sektor berkeluasan kira-kira empat hektar.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) ini dijalankan di sektor pertama yang dibantu oleh penduduk kampung,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Riki berkata, operasi SAR ditangguhkan pada jam 5 petang dan akan disambung semula pada esok.

“Mangsa belum ditemui dan maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah
#BKN2024

 

Sumber: INFO X

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …