DALANG PENIPUAN JENAYAH TALIAN BOLEH DIKENAKAN TINDAKAN DI BAWAH RUU KANUN KESEKSAAN

Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Keseksaan (Pindaan) 2024 yang diluluskan Dewan Negara pada 22 Julai 2024 akan memastikan dalang yang terlibat dalam aktiviti penipuan dalam talian dikenakan tindakan di bawah peruntukan yang disediakan.

Di bawah pindaan itu, Seksyen 424 dan Seksyen 424 (c) dan (b) akan terpakai kepada mana-mana pihak termasuk mereka yang secara tidak langsung terlibat kegiatan tersebut.

Biarpun tiada peruntukan khusus bagi pemulangan wang mangsa yang ditipu dalam kegiatan itu, kuasa sitaan wang yang turut dicadangkan dalam pindaan RUU Tatacara Jenayah akan membenarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menghalang wang mangsa scammer daripada dikeluarkan atau digunakan.

Sitaan ini bukan sahaja terpakai kepada wang disimpan dalam bank konvensional namun ia juga akan merangkumi simpan di dalam e-wallet.

Sumber: Bernama

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …