PROGRAM BULAN KESELAMATAN: COMSEC FUN HIKE ‘ KABAT BUKIT MARAS’

PROGRAM BULAN KESELAMATAN: COMSEC FUN HIKE ‘ KABAT BUKIT MARAS’
Tarikh : 18 Julai 2024 (Khamis)
Masa : 8.00 Pagi – 1.00 Petang
Tempat : Bukit Maras, Kuala Nerus, Terengganu

Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Terengganu telah menjalankan program berkonsepkan “Fun Hike” iaitu aktiviti mendaki di Bukit Maras bersempena dengan pengisian bulan keselamatan negara.
Program ini turut mendapat kerjasama oleh jabatan dan agensi rakan strategik MKN Terengganu iaitu, Balai Polis Batu Rakit, IPK Terengganu, Kelab Kembara Universiti Malaysia Terengganu, Jabatan Kesihatan N.Terengganu, JaPen Terengganu, AADK Terengganu, APMM Terengganu, JPAM Terengganu, JIM Terengganu, Pusat Khidmat Kontraktor dan Kelab Sukan Rekreasi Bukit Maras. Seramai 100 peserta telah terlibat dalam menjayakan program pendakian ini.


Tujuan perlaksanaan program ini adalah menumpukan kepada 3 objektif utama iaitu:

1. Kesedaran Mengenai Bahaya Alam Sekitar:
Meningkatkan kesedaran tentang bahaya alam sekitar seperti tanah runtuh, cuaca buruk, dan hidupan liar serta cara-cara menghadapinya serta menerapkan tanggungjawab masyarakat dalam menjaga alam semulajadi agar selamat dan terpelihara;

2. Promosi Kesihatan Fizikal dan Mental:
Mempromosikan gaya hidup sihat dalam masyarakat setempat melalui aktiviti fizikal yang selamat, serta menggalakkan kesejahteraan mental melalui pengalaman mendaki yang membawa manfaat dari aspek kesihatan dan perpaduan di kalangan masyarakat; dan

3. Kerjasama dan Komunikasi:
Menggalakkan kerjasama dan komunikasi yang berkesan antara masyarakat untuk memastikan keselamatan semua orang dalam kumpulan mendaki yang dapat diterapkan dalam kehidupan seharian.

Turut hadir ialah Puan Wan Suhaini binti Wan Mohamad, Pengarah Keselamatan Negeri Terengganu, En. Sait bin Yaman, Pengarah JaPen Terengganu dan Puan Rokiah binti Mohamad, Pengarah Pusat Khidmat Kontraktor.

 

 

 

 

Pada masa yang sama, turut diadakan taklimat keselamatan oleh MKN Terengganu dan taklimat kempen kibarkan Jalur Gemilang oleh JaPen Terengganu. Turut diadakan nyanyian serta kibaran Jalur Gemilang simbolik kepada menyambut Bulan Keselamatan Negara.

Pada puncak Bukit Maras, telah diadakan gimik perasmian perletakan papan tanda ‘Nilai Teras Keselamatan’ yang telah disempurnakan oleh Pengarah Keselamatan Negeri Terengganu. Selesai acara perasmian tersebut, satu rakaman ucapan telah dirakam sebagai simbolik sokongan padu peserta terhadap kempen sambutan Bulan Keselamatan Negara dan penghayatan konsep ‘Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama’.

Video penuh program:

Tiktok:
https://www.tiktok.com/@mknterengganurasmi/video/7394334593517620488?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7098172735441257985

FB:
https://www.facebook.com/share/v/VFVt3axHSQVsSGvc/

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …