KERJASAMA PERSEKUTUAN-NEGERI PACU PEMBANGUNAN MELAKA

Ayer Keroh 22 Julai – Kerjasama antara Persekutuan dan Negeri amat penting bagi memastikan segala perancangan pembangunan di Melaka dapat dilaksanakan dengan lancar, kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Ketua Menteri berkata, bagi mencapai objektif itu Kerajaan Negeri melaksanakan Retreat Pembangunan Negeri Melaka Tahun 2024 yang memberi fokus kepada usaha menyelaras pelaksanaan Projek-projek Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) di Negeri Melaka.

Kata Ketua Menteri, platform sama digunakan untuk memperhalusi isu dihadapi dalam pelaksanaan projek melibatkan pihak kementerian dan agensi di peringkat Negeri Melaka sama ada di peringkat pra-pelaksanaan mahupun di dalam peringkat fizikal pembangunan.

Retreat ini juga dilihat akan memberi peluang kepada kepimpinan Kerajaan Negeri Melaka untuk berdiskusi secara fizikal dan bersemuka dengan pihak kementerian berhubung keperluan projek-projek RMLT Negeri Melaka, sekali gus memperoleh pertimbangan serta kelulusan segera daripada pihak kementerian.

“Antara lain, fokus utama dan harapan saya melalui retreat ini adalah semua projek-projek yang masih di dalam peringkat ‘Pra-pelaksanaan’ perlu diberi perhatian supaya semua tindakan-tindakan yang melibatkan ‘submission dan approval’ kepada jabatan-jabatan teknikal juga Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) supaya dapat mengadakan ‘Mesyuarat OSC khas’,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau.

Terdahulu Ab Rauf menyempurnakan Majlis Perasmian Retreat Pembangunan Negeri Melaka Tahun 2024 berlangsung di Kuala Lumpur.

Hadir sama pada majlis itu Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azhar Arshad; Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Azman Ibrahim; Barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri Datuk Salhah Salleh; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melaka; Pengarah Pembangunan Negeri Melaka, Megat Azlani Megat Ramli, ketua-ketua jabatan Persekutuan serta Negeri.

Ab Rauf berharap, segala perbincangan dan keputusan yang dibuat menerusi platform itu dapat memberi impak positif kepada Negeri Melaka.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

PEMBAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) FASA 1 2025 MENGIKUT KATEGORI

Kerajaan MADANI akan menyalurkan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 2025 bermula 22 Januari 2025 kepada 8.3 juta penerima …
Maklumat Lanjut

PERKASA TUISYEN RAKYAT UNTUK PELAJAR DUN REMBIA

Rembia – Pelaksanaan Tuisyen Rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia diteruskan bagi membantu kecemerlangan pelajar yang bakal menduduki …
Maklumat Lanjut

KUNJUNG HORMAT MAJLIS KESELAMATAN NEGARA NEGERI MELAKA KEPADA YB SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI MELAKA

Seri Negeri – Kunjungan hormat Encik Norazle bin Sulaiman, Pengarah Keselamatan Negeri serta pegawai-pegawai dari Majlis Keselamatan Negara Negeri Melaka …
Maklumat Lanjut