𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗔𝗟𝗜𝗡𝗔𝗡 𝗨𝗞𝗛𝗨𝗪𝗔𝗛 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 (𝗝𝗞𝗞𝗗) 𝗠𝗨𝗔𝗥 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗕𝗔𝗧𝗔𝗟𝗜𝗢𝗡 𝟲 𝗣𝗔𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗚𝗘𝗥𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗔𝗠 (𝗣𝗚𝗔) 𝗕𝗔𝗞𝗥𝗜, 𝗠𝗨𝗔𝗥

𝟭𝟰 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟰 (𝗔𝗵𝗮𝗱) – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Johor dengan kerjasama Pejabat Daerah Muar telah menganjurkan Program Jalinan Ukhuwah dan Sesi Libat Urus Pegawai Daerah Muar Bersama Ahli Jawatankuasa Kerja Keselamatan Daerah (JKKD) Muar dan Batalion 6, Pasukan Gerakan Am (PGA) Bakri, Muar.

Program ini telah dihadiri ketua-ketua jabatan dan agensi keselamatan daerah Muar seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM), Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Antara pengisian program adalah Mesyuarat JKKD Muar, Taklimat Keselamatan, dan Latihan Menembak Bersama Warga Batalion 6 PGA Bakri. Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan serta meningkatkan jalinan kerjasama antara MKN Negeri Johor dan rakan strategik agensi dan jabatan dalam menjaga dan mengekalkan keselamatan dan keamanan di daerah Muar dan negeri Johor.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pegawai Daerah Muar, warga kerja Pejabat Daerah Muar , Batalion 6 PGA Bakri serta peserta-peserta yang hadir dan terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga hubungan baik antara MKN Negeri Johor dan rakan strategik agensi dan jabatan ini berkekalan dan bertambah baik dari masa ke masa.

Artikel/Berita Terkini

ARTIFAK DARI BELANDA BUKTI KEHEBATAN MELAKA

Lendu – Usaha Kerajaan Negeri untuk membawa pulang artifak bersejarah Negeri Melaka sekian lama tersimpan di Belanda mendapat perhatian positif …
Maklumat Lanjut

TIGA PELABUHAN BAHARU DILULUSKAN DI MELAKA

Kuala Linggi – Kerajaan Negeri telah mendapat kelulusan untuk membina tiga pelabuhan laut dalam baharu membabitkan Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi …
Maklumat Lanjut

RUKUN HAJI

Rukun Haji Ada Enam (6) Niat Ihram Haji ⁠Wuquf di Arafah ⁠Tawaf di Kaabah ⁠Sa’ie di antara Bukit Safa dan …
Maklumat Lanjut