MARITIM MALAYSIA REKOD 37 KES TANGKAPAN ENAM BULAN PERTAMA TAHUN INI

TINJAU: Saiful ketika membuat tinjauan potensi pelancongan di perairan Sandakan.

SANDAKAN: Sebanyak 37 kes tangkapan dengan jumlah rampasan dianggarkan melebihi RM1.2 juta direkodkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Sandakan bagi tempoh januari hingga 30 Jun lalu.

Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, jumlah kes tangkapan ini hampir menyamai jumlah kes tangkapan pada tahun 2022 dan 2023.

Katanya, tahun 2022 lalu bagi tempoh yang sama merekodkan sebanyak 47 kes dengan nilai rampasan lebih RM86,000 serta 42 kes pada tahun 2023 dengan nilai rampasan melebihi RM270,000.

“Kes tangkapan yang dilakukan membuktikan bahawa Maritim Malaysia, khususnya Zon Maritim Sandakan, serius membanteras aktiviti jenayah dan salah laku di laut.

“Kejayaan kes tangkapan ini turut dibantu oleh maklumat orang ramai, khususnya komuniti maritim seperti nelayan yang mengetahui gerak geri dan aktiviti di perairan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Program Kembara Sahabat Maritim 2024 di Sekolah Kebangsaan (SK) Terusan Baru, Pulau Timbang Sandakan, semalam.

Turut hadir, Pengarah Maritim Negeri Sabah dan W.P. Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik; Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy Hussain; Pengarah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Sabah, Ibrahim Othman serta Guru Besar SK Terusan Baru, Osman Ghani.

Saiful berharap komuniti maritim terus menjadi ‘mata dan telinga’ kepada Maritim Malaysia, agar aktiviti salah laku serta jenayah di laut dapat dibendung, seterusnya memastikan perairan negara selamat dan sejahtera.

Beliau juga berharap program bersama komuniti seperti Sahabat Maritim dapat dilaksanakan secara berkala agar kerjasama antara Maritim Malaysia dan komuniti maritim dapat diperkukuhkan lagi.

Katanya, program Kembara Sahabat Maritim 2024 ini adalah satu langkah proaktif dalam mempererat hubungan dengan komuniti maritim.

“Selain itu, dapat meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan keselamatan maritim, serta memastikan perairan negara terus selamat daripada ancaman bahaya.

“Melalui pelbagai aktiviti dan program yang dirancang, Maritim Malaysia yakin dan percaya keselamatan serta kesejahteraan perairan negara akan terus terpelihara,” katanya.

Terdahulu, Program Kembara Sahabat Maritim ini telah berlangsung selama tiga hari bermula pada 12 hingga 14 Julai.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Utusan Boreno Online

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …