TIGA SYARIKAT DIDENDA RM80,000 CEMAR ALAM SEKITAR

Mahkamah Sesyen di sini 11 Julai lalu menjatuhkan hukuman denda masing-masing RM40,000 dan RM20,000 terhadap tiga syarikat yang menjalankan aktiviti pembuatan minyak sawit mentah, produk getah dan makanan atas kesalahan melanggar Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974. Menurut Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan, Hamzah Mohamad, hukuman diputuskan Hakim Mazni Nawi selepas kesemua wakil iaitu Hidayah Md Said, Wan Rozina Wan Yusoff dan L Kandsany, selaku orang kena saman, mengaku salah atas pertuduhan dihadapi.

Ketiga-tiga syarikat terbabit masing-masing beroperasi di atas Lot 514 & 515, Kampung Tong, Gemas di Tampin, Lot 62 & 63 Lorong Senawang 3/2, Kawasan Perindustrian Senawang dan PT 29516, Lengkok Teknologi 2, Techpark@Enstek, Bandar Enstek, Nilai. Syarikat pembuatan minyak sawit mentah dituduh di bawah Seksyen 16(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 16(2) akta yang sama kerana gagal mematuhi syarat lesen bagi had pelepasan BOD dan pepejal. Syarikat pembuatan produk getah dituduh di bawah Peraturan 11(1)(b), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009 bagi kandungan BOD5 pada 20C yang mempunyai kepekatan 110 mg/L melebihi 50 mg/L yang ditetapkan. Syarikat pembuatan makanan pula membabitkan kesalahan di bawah Peraturan 11(1)(a) dan Peraturan 12(a), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009 yang mengandungi kandungan BOD5 pada 20C kepekatan sebanyak 210 mg/L melebihi 20 mg/L dan COD kepekatan 405 mg/l melebihi 80 mg/L.

Hukuman maksimum bagi setiap kesalahan adalah denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan, Muhammad Fitri Soroni dan Zainoorliza Zainal Abidin manakala kesemua wakil syarikat terbabit tidak diwakili peguam. Keputusan analisis Jabatan Kimia Malaysia menunjukkan premis terbabit telah membuang efluen perindustrian melebihi had kepekatan yang ditetapkan.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …