HARI INI DALAM SEJARAH KESELAMATAN NEGARA: RANG UNDANG-UNDANG (PINDAAN) KESELAMATAN DALAM NEGERI DILULUSKAN

Pada hari ini (14 Julai) dalam tahun 1964, Rang Undang-undang (Pindaan) Keselamatan Dalam Negeri yang memberi kuasa kepada kerajaan menyaring pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke pusat-pusat pengajian tinggi telah diluluskan oleh Dewan Rakyat.

Saringan dilakukan oleh Ketua Pegawai Pelajaran Negeri atau Pengarah Pelajaran atau Ketua Pegawai Penasihat Pelajaran ke atas pelajar-pelajar yang dianggap membahayakan keselamatan negara.Langkah-langkah juga turut diambil untuk memastikan supaya kesilapan saringan tidak berlaku. Hanya mereka yang telah diketahui sah tidak diingin sebagai pelajar di sekolah-sekolah tinggi sahaja tidak akan diberi izin untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti.

Walaupun isu yang dibentangkan dalam Dewan Rakyat adalah sebuah isu yang kontroversial, langkah untuk meluluskan Rang Undang-undang ini dianggap tepat pada waktunya.Orang ramai juga telah diberi gambaran yang jelas tentang bahaya anasir komunis di sekolah-sekolah tinggi. Walaubagaimanapun,  penyaringan pelajar ini tidak pula menyentuh atau mengurangi kebebasan rakyat. Langkah-langkah keselamatan ini dijalankan semata-mata kerana negara perlu memperlengkapkan diri dengan undang-undang untuk menghadapi anasir yang ingin merosakkan demokrasi dan dasar hidup rakyat.Di atas dasar inilah maka pada hari ini dalam tahun 1964, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (Pindaan) Keselamatan Dalam Negeri.

 

Sumber : Arkib Negara Malaysia

 

Matriks Keselamatan Negara: Pengukuhan Patriotisme

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …