HARI INI DALAM SEJARAH KESELAMATAN NEGARA: PELANCARAN SATELIT RAZAKSAT, SATELIT PERTAMA NEGARA BERJAYA MEMASUKI ORBIT HAMPIR KHATULISTIWA (NEQO)

Pada hari ini (14 Julai) dalam tahun 2009, satelit RazakSAT berjaya dilancarkan daripada Tapak Ujian Pertahanan Balistik Ronald Reagan milik tentera Amerika Syarikat di Pulau Omelek, Kepulauan Marshall di Lautan Pasifik.

Satelit ini menjadi satelit milik negara yang pertama berjaya memasuki Orbit Hampir Khatulistiwa (NEqO). Pelancaran yang menggunakan kapal pelancar Falcon 1 ini dikendalikan oleh Space Exploration Technologies Corp. (SpaceX), syarikat yang diasaskan oleh Elon Musk.

Objektif utama pelaksanaan program ini adalah untuk mereka bentuk satelit bersaiz kecil pada kos yang kompetitif, mencerap imej bumi di garisan Khatulistiwa dan pembangunan satelit bersaiz sederhana pada kos lebih rendah.

Satelit RazakSAT direka dan dihasilkan oleh Astronautic Technology (M) Sdn. Bhd. (ATSB) di bawah program Multiple Access Communications Satellite (MACSAT) dengan kos sebanyak RM60 juta. Ia dikawal melalui Stesen Bumi ANGKASA di Sungai Lang, Banting, Selangor dan stesen bumi di Shah Alam, Selangor. RazakSAT dengan berat keseluruhan 160 kilogram membawa bebanan Medium-sized Aperture Camera (MAC) seberat kirakira 50 kilogram.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

 

Matriks Keselamatan Negara: Domain Angkasa Lepas

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …