TIGA BERANAK PENGIKUT AJARAN SESAT MILLAH ABRAHAM DITAHAN

Tiga beranak dipercayai pengikut ajaran sesat Millah Abraham ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dalam serbuan di dua buah rumah berasingan di Sungai Kelamah, Gemas dan Palong 3, Jempol pada Rabu. Menurut Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, Ahmad Zaki Hamzah, pasangan suami isteri berusia 40-an serta anak lelaki mereka berusia 16 tahun itu ditahan kira-kira jam 6 petang. Suami isteri itu ditahan di rumah sewa mereka di Sungai Kelamah manakala anaknya di rumah asal mereka di Palong 3. Ketika ditahan mereka tidak menjalankan sebarang aktiviti dan hasil maklumat serta risikan dilakukan, mereka dipercayai aktif sebagai pengikut ajaran sesat terbabit sejak setahun lalu.

Hasil siasatan awal mendapati, mereka juga dipercayai cuba menyebarkan ajaran terbabit kepada ahli keluarga dan masyarakat di negeri ini. Bagaimanapun, bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa, ia disebarkan dalam kelompok yang kecil. Lelaki itu hanya bekerja sendiri dan isterinya pula hanya suri rumah manakala anaknya pula tidak bersekolah serta bekerja kedai makan.

Pihaknya sebelum ini pernah mengesan ajaran ini cuba disebarkan di negeri ini pada tahun 2019 lagi dan kini nampaknya cuba disebarkan kembali. Dalam serbuan dilakukan turut dirampas iaitu 15 barangan antaranya telefon bimbit, komputer riba dan buku nota. Kes disiasat bawah Seksyen 52 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 iaitu berkaitan dengan ajaran meragukan. Ajaran ini difatwakan haram pada tahun 2019 oleh Jabatan Mufti Negeri Sembilan dan antara fahaman salah ajaran sesat ini ialah ahlinya percaya sembelihan dibuat bukan ahli tidak sah, selain mempercayai kewujudan nabi baharu dan ada syahadah yang berbeza. Mereka juga cuba mengabungkan tiga agama iaitu Yahudi, Nasrani dan Islam, selain menghuraikan ajaran al-Quran berdasarkan fahaman mereka tanpa berdasarkan kitab tafsir.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …